TEMPAT YANG DIIKTIRAF NIKAH THAILAND OLEH MALAYSIA



http://nikahkahwinsongkhla.blogspot.my/



MENGAPA MEMILIH LOKASI NIKAH DI WILAYAH SONGKHLA THAILAND 



http://nikahkahwinsongkhla.blogspot.my/


Surat pengesahan Konsulat Malaysia hanya boleh didapati di Songkhla, tidak di Yala atau Narathiwat, dan tak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk mengambilnya. Surat ini mesti disertakan masa permohonan pendaftaran di Malaysia nanti.

Pasangan yang nikah di Narathiwat atau Betong lazimnya tidak akan dibawa oleh agen ke Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan Konsulat. Tanpa surat pengesahan Konsulat, pasangan boleh didakwa di mahkamah syariah bila balik nanti, selain susah untuk mendaftarkan pernikahan itu di Malaysia.

Segala prosedur nikah di Thailand di MAIS insya Allah akan selesai selewatnya tengah hari. Ada masanya, proses di MAIS lewat sedikit disebabkan terlalu ramai pasangan yang datang pada hari yang sama atau masalah lain di MAIS. Keadaan ini jarang berlaku, tapi kalau terjadi, pasangan perlu bersedia untuk berada di sana sehari lagi dengan sedikit kos tambahan, atau datang semua kemudian nanti untuk mendapatkan surat Konsulat. Tapi, biasanya urusan di MAIS dan Konsulat boleh selesai lebih kurang tengah hari. Selepas itu, pasangan bebas untuk membeli-belah, bersiar-siar di bandar Songkhla atau Hat Yai, atau berehat di hotel.

Pada hari berikutnya, kami akan jemput dari hotel untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat dan seterusnya kembali ke Bukit Kayu Hitam.

Oleh itu, nikah di Siam bukan setakat akad dan pengeluaran sijil, tetapi juga melibatkan pengesahan sijil oleh Majlis Agama Islam di Wilayah berkenaan, dan seterusnya mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia bagi Selatan Thai. Surat pengesahan perkahwinan dari Konsulat Malaysia di Selatan Thai ini diperlukan untuk pendaftaran perkahwinan nanti. Biasanya, pasangan yang nikah di Narathiwat atau Betong akan balik ke Malaysia tanpa surat Konsulat ini.

Hanya ada satu Konsulat Malaysia di Selatan Thai, dan konsulat ini terletak di Songkhla. Konsulat inilah yang perlu mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thailand bagi rakyat Malaysia yang nikah di Siam.

Jadi, mengapa nikah di Narathiwat atau Betong yang jauh dari Konsulat Malaysia yang satu ini?

Tempat terbaik untuk nikah di Thailand ialah di Songkhla dimana semua sijil dan surat pengesahan dapat diterima dalam masa yang singkat. Tak perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk surat pengesahan dari Pejabat Agama. 

No comments:

Post a Comment