DOKUMEN PERLU BAWA KE THAILAND
1. Kad Pengenalan (I/C)
2. Passport Antarabangsa atau
Pas Sempadan
Pasport hendaklah
mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam.
Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, pasport yang paling murah berharga
RM200 untuk tempoh 5 tahun.
3. Surat Cerai Asal (bagi janda
sahaja)
Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai,
tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Majlis Agama
Islam di Thailand tidak akan menikahkan tanpa surat cerai/kematian suami yang
asal.
Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS
menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai,
bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.
4. Surat Akuan Memeluk Islam
(bagi muallaf sahaja)
5. Duit Mas
kahwin
6. Bagi warga negara asing (bukan dari ASEAN):
Semak dari Kedutaan Siam, tak kira
di Malaysia atau di negara asal mereka, sama ada mereka perlu mendapatkan visa
dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian
memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.
3 DOKUMEN SELEPAS AKAD NIKAH
* 3 Dokumen ini sangat penting untuk pendaftaran nikah di Malaysia. Tanpa dokumen ini anda tidak boleh mendaftar nikah
di Malaysia.
No tel : 010-320 9263 (en
salleh Yacob)
Blogspot: http://nikahkahwinsongkhla.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment