HARI PERTAMA
Pastikan anda atur perjalanan sampai ke Bukit Kayu Hitam sebelum subuh supaya sempat untuk akad nikah pada waktu pagi. Bolehlah anda berehat dan solat subuh di masjid yang berdekatan dan makan pagi di warung sebelum masuk ke Immigration Complex Bukit Kayu Hitam. Di kedah anda akan melalui Sungai Petani, Alor Star, Changlun kemudian bukit kayu hitam yang terletak di sempadan.
Immigration Complex Bukit Kayu Hitam
Apabila sampai di sempadan Thai, anda akan lihat gerbang Immigration Complex Bukit Kayu Hitam. Bawalah kereta anda ke kaunter imigresen ini dan tidak perlu turun dari kereta. Standby passport masing-masing untuk disemak oleh pihak imigresen Malaysia.
Parking kompleks bebas cukai
Selepas melalui Imigresen, anda carilah parking kereta yang terletak berdekatan dengan kompleks membeli belah bebas Cukai. Bayaran parking untuk 1 hari adalah RM15. Setelah itu, saya akan datang ambil anda dan masuk ke Imigresen Thailand.
Beratur Imigresen Thailand
Apabila sampai di Imigresen Thailand, anda perlu beratur untuk pemeriksaan passport serta selitkan RM1 di dalam passport untuk proses pemeriksaan. Begitu la juga dilakukan ketika balik semula ke Malaysia nanti.
Pekan Danok
Setelah selesai pemeriksaan passport, anda telah jejak ke Thailand. Pekan yang terdekat di sempadan Thailand ialah Danok. Di Pekan Danok ini banyak hotel-hotel yang murah, kedai makanan yang halal dan ramai peniaga Islam berketurunan Melayu dan boleh komunikasi bahasa melayu. Sekiranya anda lewat sampai ke Bukit Kayu Hitam atau ingin bermalam sebelum akad nikah, anda bolehlah bermalam disini. Harga hotel di sini kebanyakkan bawah RM100. Keesokkan paginya barulah saya akan datang ambil anda di tempat anda menginap. Penginapan itu adalah atas pengurusan anda sendiri.
Bukit kayu hitam- majlis agama songkhla
Kemudian teruskan perjalanan ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 23 minit.
Gambaran akad nikah
Majlis Agama Islam Songkhla
( tempat mendafatar & mengeluarkan sijil nikah)
Pejabat Consulate General Of Songkhla
(dokumen untuk pengesahan)
Sebaik sahaja sampai MAIS anda harus membayar pakej khidmat kami RM1800 dan beri dokumen seperti passport, sijil kematian suami/ sijil cerai, kad pengenalan. Dokumen ini sangat penting untuk daftar di kaunter MAIS. Setelah itu, anda dan pasangan akan di panggil masuk ke bilik untuk proses akad nikah mengambil masa dalam 5-10 minit. Sebaik sahaja selesai akan diberi sijil nikah dan dokumen untuk dibawa ke Konsulat Songkhla. Saya akan membawa anda ke Konsulat Songkhla untuk menghantar dokumen , esokkannya barulah siap dokumen itu disahkan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja dari MAIS.
Sebaik selesai urusan konsulat, anda akan dijamu makan tengah hari. Kemudian pergi ke bandar Hatyai untuk check in hotel. Aktiviti bebas. Hotel yang kami pilih berdekatan dengan makanan yang halal.
HARI KEDUA
Hotel 3 star
Check out hotel pada pukul 1 tengah hari, anda dan pasangan bolehlah pergi makan tengah hari dahulu yang berdekatan di hotel. Kemudian pada pukul 2 petang, saya akan bawa anda semula ke Konsulat Songkhla. Anda dan pasangan akan masuk ke pejabat Konsulat untuk mengambil semula dokumen yang telah di hantar semalam. Selesai sahaja selesai urusan saya akan terus hantar anda ke Kompleks bebas cukai. Bolehlah bincang sekiranya anda ingin mendaftar semula ke Malaysia, saya boleh perkenalan anda dengan hakim syariah untuk mengurus pendafataran nikah anda.
No tel : 010-320 9263 (en
salleh Yacob)
Blogspot: http://nikahkahwinsongkhla.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment