Surat pengesahan Konsulat Malaysia hanya boleh didapati di Songkhla,
tidak di Yala atau Narathiwat, dan tak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk
mengambilnya. Surat ini mesti disertakan masa permohonan pendaftaran di
Malaysia nanti.
Pasangan yang nikah di Narathiwat atau Betong lazimnya tidak akan
dibawa oleh agen ke Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan Konsulat. Tanpa surat pengesahan
Konsulat, pasangan boleh didakwa di mahkamah syariah bila balik nanti, selain susah
untuk mendaftarkan pernikahan itu di Malaysia.
Segala prosedur nikah di Thailand di MAIS insya Allah akan selesai
selewatnya tengah hari. Ada masanya, proses di MAIS lewat sedikit disebabkan
terlalu ramai pasangan yang datang pada hari yang sama atau masalah lain di
MAIS. Keadaan ini jarang berlaku, tapi kalau terjadi, pasangan perlu bersedia
untuk berada di sana sehari lagi dengan sedikit kos tambahan, atau datang semua
kemudian nanti untuk mendapatkan surat Konsulat. Tapi, biasanya urusan di MAIS
dan Konsulat boleh selesai lebih kurang tengah hari. Selepas itu, pasangan
bebas untuk membeli-belah, bersiar-siar di bandar Songkhla atau Hat Yai, atau
berehat di hotel.
Pada hari berikutnya, kami akan jemput dari hotel untuk mengambil
surat pengesahan dari Konsulat dan seterusnya kembali ke Bukit Kayu Hitam.
Oleh itu, nikah di
Siam bukan setakat akad dan pengeluaran sijil, tetapi
juga melibatkan pengesahan
sijil oleh Majlis Agama Islam di
Wilayah berkenaan, dan seterusnya mendapat surat
pengesahan dari Konsulat Malaysia bagi
Selatan Thai. Surat pengesahan perkahwinan dari Konsulat Malaysia di Selatan
Thai ini diperlukan untuk pendaftaran perkahwinan nanti. Biasanya, pasangan
yang nikah di Narathiwat atau Betong akan balik ke Malaysia tanpa surat
Konsulat ini.
Ada cuma satu Konsulat
Malaysia di Selatan Thai, dan konsulat ini terletak di Songkhla. Konsulat
inilah yang perlu mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thailand bagi
rakyat Malaysia yang nikah di
Siam.
Jadi, mengapa nikah di Narathiwat
atau Betong yang jauh dari Konsulat Malaysia yang satu ini?
Tempat terbaik untuk nikah di
Thailand ialah di Songkhla dimana
semua sijil dan surat pengesahan dapat diterima dalam masa yang singkat. Tak
perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk surat pengesahan dari
Pejabat Agama.
No comments:
Post a Comment