1. Kad Pengenalan (I/C)
2. Passport Antarabangsa atau Pas Sempadan
Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, pasport yang paling murah berharga RM200 untuk tempoh 5 tahun.
Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk Perlis, Kedah, Kelantan dan tiga daerah di Utara Perak. Penduduk lain di Perak dan penduduk negeri-negeri lain perlukan pasport antarabangsa.
Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan.
3. Surat Cerai Asal (bagi janda sahaja)
Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Majlis Agama Islam di Thailand tidak akan menikahkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.
Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.
4. Surat Akuan Memeluk Islam (bagi muallaf sahaja)
5. Duit Mas kahwin
6. Bagi warga negara asing (bukan dari ASEAN):
Semak dari Kedutaan Siam, tak kira di Malaysia atau di negara asal mereka, sama ada mereka perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.
Panduan perlu ambil berat untuk menikah di Thailand supaya perjalanan jadi lebih teratur dan semasa pendaftaran nikah di Malaysia tidak menghadapi masalah dan merumitkan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran nikah semula di Malaysia